Dakwah, Tarbiyah

[Dakwah di Kampus Mampu Merealisasikan Misi Membangun Insan]

Pembawaan ‘dakwah’ di dalam kampus dilihat begitu berani diketengahkan oleh sesebuah gerakan mahasiswa. Lebih-lebih lagi, di kampus yang begitu sinonim dengan panggilan ‘Mini Malaysia’. Ini kerana ia terdiri daripada latar masyarakat yang berbilang kaum, agama, tradisi dan adat resam. Disaat banyaknya gerakan mahasiswa menawarkan pembawaan ‘kebajikan’ dan khidmat untuk memenangi hati banyak pihak, dakwah itu sendiri sebenarnya sudah merangkumi kesemuanya!

Mana tidaknya, jika kita amati benar-benar maksud dakwah itu sendiri, kita bakal jumpa banyak tuntutan berbuat kebaikan kepada manusia.

Dakwah bermaksud ajak, seru juga mempengaruhi manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Makna dakwah ini perlu dihadam sebaiknya agar tidak berlaku salah faham dalam membawa agenda yang lebih besar.
Jika tidak, tindakan yang bersalahan bakal lahir dek kerana kefahaman yang tidak berakar. Ya, misi membangun insan itu agenda besar yang tidak boleh dipandang enteng!

Medan dakwah, bukan medan untuk kita ‘sembang kencang’. Kita ajak tanpa ilmu dan kefahaman, kita ajak tanpa amal, itu hanyalah tindakan yang mematikan roh dakwah itu sendiri.

Mahasiswa adalah manusia ‘special’ jika dibandingkan dengan lapisan masyarakat yang lain. Mereka istimewa kerana ilmu dan tenaga mereka yang luar biasa. Suara dan tindak tanduk mereka sangat diperlukan berbekalkan kesedaran yang matang dengan nilaian ilmu dalam melihat misi dakwah tidak berhenti tanpa diperjuangkan.

Lalu, mari kita hayati apa manfaat dakwah di kampus yang boleh kita kecapi bilamana dakwah Islamiah tersubur daripada sebuah universiti.

1. Dakwah mampu mempertahankan kesucian agama Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam. Indahnya Islam dimana tiada paksaan dalam beragama. Islam menghormati agama lain dan menolak sebarang penindasan. Maka sejahteralah kehidupan bermasyarakat dibawah tadbiran Islam yang mementingkan prinsip yang tetap dan jitu demi kemaslahatan ummah sejagat.

2. Dakwah penting demi menjaga biah/persekitaran yang baik lagi harmoni dari sebarang tindak tanduk yang merugikan mahasiswa. Seruan kita kepada mahasiswa sepatutnya untuk mengembalikan semula identiti mahasiswa pada landasan yang sebenar. Menjadi mahasiswa cakna dan punya solusi. Bukan penuh persepsi mahupun emosi.

3. Dakwah melahirkan insan yang berkualiti yang menjadi duta Islam dan contoh terbaik kepada segenap masyarakat kampus. Kesannya turut terbias pada masyarakat kampus yang bukan beragama Islam kerana kagum dengan terjemahan dakwah bilhal.

Namun, apapun manfaatnya, ketahuilah bahawa dakwah kampus perlu diperkasakan lagi kerana ia merupakan medan latihan juga langkah pertama bagi menghadapi masyarakat di luar kampus. Usahlah kita menunggu menjadi “siapa kita” dimata manusia barulah bersungguh buat kerja dakwah. Bilamana lafaz syahadah dilafaz dan disemat dalam lubuk hati yang paling dalam, semua layak menyampaikan walau satu ayat.

Jawatan dan apa sahaja yang kita galas, hanyalah suatu ‘wasilah’ sampingan untuk mengembangkan penyebaran Islam itu sendiri.

Ketahuilah, jawatan bukan jaminan keberkesanan dakwah. Ia hanya alat untuk capai matlamat. Apa matlamat kita? Semestinya melihat Islam menjadi naungan abadi untuk menuju redha Ilahi.

Selagi punya minat yang menebal.
Komitmen yang mantap.
Kesungguhan yang jitu. Kita boleh menjadi rantaian yang saling menguatkan di dalam medan dakwah. Medan dakwah untuk membangun dan membentuk insan yang terbaik dan terpuji untuk diri dan orang lain.

Moga apa yang ditulis dan dibaca mampu membuahkan kebaikan. Jangan kita mengeluh banyak taklifan lain sehingga dakwah dipandang sepi, gaya orang kekalahan dan sehingga tiada daya untuk merubah.

Percayalah, ini misi kita.
Moga Allah sayang. 🙂

NorAin Binti Md Aini
Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, API UM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s