Ekonomi, Intelek, Siyasah

[Adakah Cukai Dalam Islam Hanya Zakat Semata-mata Serta Apakah Alternatif Selain GST dan SST?]

Antara salah faham dalam kalangan masyarakat awam ialah apabila mereka mengatakan bahawa hanya zakat sahaja boleh dikutip oleh pemerintah. Sedangkan aplikasi cukai telah disyariatkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi, iaitu:

Jizyah – bayaran oleh non-muslim sebagai jaminan keselamatan bersama kerajaan Islam.
Kharaj – cukai tanah yang dikenakan selepas pembukaan wilayah Khaibar.

Sekiranya kita mendalami perbahasan ulama’ dalam isu hasil pendapatan negara, sudah tentu kita akan menemui lebih banyak lagi pembahagian selain daripada zakat, jizyah dan kharaj seperti ghanimah, fai’, ‘usyur dan khumus. Oleh itu, hanya menerima pakai zakat ke atas orang Islam dan cukai kepada bukan Islam sebagai sumber hasil negara adalah satu bentuk “fatwa” yang sangat tidak tepat dengan realiti dunia Islam hari ini khususnya negara seperti Malaysia.

Sekiranya kita hanya menerima zakat semata-mata, maka aliran kekayaan yang dikutip akan terhad disalurkan kepada 8 golongan asnaf sahaja. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 60:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, pengurus zakat, para mu’allaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba, orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan (musafir), sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Implementasi konsep siasah syar’iyyah dan hifz al-mal dalam maqasid syariah terhadap ekonomi negara masa kini memerlukan penelitian yang lebih komprehensif dan progresif. Ianya perlu dikembang tanpa menggadaikan segala prinsip fundamental dalam muamalat Islam. Cukai tidak dapat dinafikan kepentingannya. Oleh sebab itu, pentingnya untuk kita mengkaji bagaimanakah caranya untuk memastikan cukai yang digunakan itu tidak menindas rakyat serta bertepatan dengan syariah.

Baru-baru ini kita dihangatkan kembali dengan isu cukai SST dan GST. Perdebatan antara GST dan SST kembali subur. Di sini saya ingin menimbulkan beberapa persoalan untuk kita fikirkan bersama.

1. Adakah sesebuah negara Islam itu menguruskan hasil pendapatannya hanya kepada 8 golongan asnaf ini?
2. Bagaimanakah negara dapat menampung bajet pengurusan dan pembangunan sekiranya hanya zakat yang diterima pakai? Kerana menggunakan harta zakat untuk kegunaan selain daripada 8 asnaf adalah haram. Manakala ghanimah, jizyah dan fai’ dilihat tidak lagi relevan di zaman tanpa khalifah ini.
3. Sekiranya kita mengambil fatwa haram mengutip cukai daripada rakyat, bagaimana kita ingin mengembangkan ekonomi negara?
4. Sekiranya GST 6% menyebabkan harga barang meningkat, mengapa penetapan 0% GST (Zero-Rated GST) tidak memberikan impak harga barang menurun?
5. Adakah kembalinya kita kepada sistem percukaian SST nanti betul-betul mampu menurunkan harga barang? Sedangkan 0% GST pun tidak memberikan impak kepada penurunan tersebut? Kita membentuk #MalaysiaBaharu atau kembali semula kepada Malaysia lama?
6. Zakat semata-mata sudah tentu tidak memadai. Maka di sini perlunya cukai dikutip oleh kerajaan. Tapi cukai yang bagaimanakah yang lebih relevan, SST atau GST atau mewujudkan satu sistem percukaian baru?
7. Jika tetap bertegas akan haramnya cukai sebagaimana hadis tidak masuk syurga orang yang mengutip cukai, maka berbalik semula kepada persoalan no. 2.
8. Terdapat fatwa ulama’ silam yang menyatakan bahawa cukai boleh dikutip ke atas orang Islam hanya apabila berlakunya darurat terhadap negara. Persoalan yang timbul adakah kita hanya menunggu terjadinya darurat barulah kita terdesak mengutip cukai dengan mengorbankan harta pemimpin dan rakyatnya sekaligus? Adakah kisah Nabi Yusuf sebagai gabenor Mesir tidak cukup memberikan pengajaran buat kita?

Renungilah bersama kerana saya sendiripun tidak mampu menjawab kesemuanya.

Tetapi bagi menjawab persoalan no 6, saya sangat tertarik dengan idea Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di dalam Dokumen Hijau mereka. Cuma malangnya idea ini kurang popular kerana rakyat lebih suka bermain dengan emosi, persepsi serta imaginasi, bukannya memberikan fokus kepada SOLUSI. Idea tersebut ialah menyelesaikan isu pelaksanaan GST melalui 2 kaedah, iaitu dengan mengenakan:

1. Cukai atas simpanan syarikat dan korporat (Taxation on Deposits)
2. Cukai perdagangan keuntungan saham di Bursa Saham Malaysia (Tax on Share Trading Gain)

Di sini saya sertakan beberapa petikan yang menarik daripada Dokumen Hijau PAS tersebut.

“PAS berpandangan, mekanisma pelaksanaan GST yang mengutip cukai berdasarkan kepada perbelanjaan semua rakyat termasuk golongan fakir dan miskin adalah bertentangan dengan prinsip Islam…”

“PAS berkeyakinan, dengan dikenakan cukai ini (Taxation on Deposits), ianya akan dapat menampung sebahagian kehilangan RM 21 bilion pendapatan kerajaan yang dinyatakan di atas.”

“Secara konservatifnya, jumlah simpanan korporat dan syarikat adalah dianggarkan sekitar RM 566 Bilion dan dengan potongan cukai pada kadar 2.5%, kerajaan berpotensi memperolehi pendapatan sebanyak RM 14 Bilion setahun.”

“Dengan andaian jumlah terendah yang layak cukai oleh mekanisma percukaian ini (Tax on Share Trading Gain) berjumlah RM1.5 Trillion, dan dengan kadar cukai 2.5%, pendapatan negara akan bertambah sehingga RM 37.5 Bilion setahun.”

“Mengambilkira kedua-dua mekanisma cukai yang dicadangkan di atas, jumlah pendapatan baharu negara mencecah sehingga RM51.5 Bilion. Jumlah ini mengatasi sasaran pendapatan daripada pelaksanaan GST iaitu RM 39 Bilion.”

IMPAK:
Dengan itu, melalui pelaksanaan cukai alternatif kepada GST ini, PAS sangat berkeyakinan bahawa;

1) GST tidak perlu lagi dilaksanakan.
2) Jumlah pendapatan baru kerajaan RM 51.5 Bilion mengatasi pendapatan daripada GST sebanyak RM 39 Bilion.
3) Jurang antara kaya dan miskin dapat dikurangkan secara signifikan.
4) Kemampuan perbelanjaan serta kekuatan modal golongan B40 akan dapat ditingkatkan.
5) Melonjakkan negara ke arah mencapai sasaran status negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi.

Kesimpulannya, tidak boleh lagi dinafikan bahawa cukai amat penting bagi memastikan sesebuah negara itu mampu bernafas dan terus berkembang maju. Bahkan terdapat ulama’ terdahulu seperti al-Shatibi yang mengharuskan kutipan cukai SEKIRANYA pemerintah itu adil dan membelanjakan hasil cukai itu pada jalan yang diharuskan oleh syarak. Pelaksanaan SST dan GST sebenarnya tidak menepati kehendak syariah yang sebenar. Bahkan Islam sebagai rahmatan lil’alamin mempunyai pelbagai lagi alternatif syariah bagi segenap aspek politik, ekonomi dan sosial yang sangat luas untuk diterokai. Bertepatan dengan maksud literal syariah itu sendiri sebagai AIR YANG MENGALIR. Islam tidak akan pernah berhenti mengalir untuk memandu kehidupan manusia dan akan terus kekal relevan sehingga hari kiamat.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Mohd NurHisyam Bin Talang

Disalin daripada : Facebook Mohd. Nurhisyam
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217624695715635&id=1425947145

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s