Dakwah, Intelek

[[ BERHIBUR BIAR SELARI DENGAN SYARIAT ]]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Melihat kepada corak kehidupan masyarakat kita pada hari ini, tidak saya katakan semua tetapi terdapat juga segelintir daripada kita yang terlalu asyik dibuai hiburan yang melekakan. Memang benar sudah menjadi fitrah setiap manusia itu memerlukan hiburan, tetapi bukan kepada hiburan yang mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dengan nilai keagamaan.

Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa Islam adalah satu cara hidup yang sempurna dan pasti dapat menjawab kepada setiap persoalan yang bermain di fikiran, dan Islam juga tidak pernah menyekat naluri fitrah manusia untuk berhibur selagi hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.

Suka saya ingatkan beberapa garis panduan yang harus dipatuhi dalam berhibur supaya ia tidak tersasar daripada tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.

1) Hiburan yang diadakan terutamanya muzik/konsert tidak berunsurkan maksiat sehingga boleh mendorong anak muda masa kini untuk terus berada di kancah maksiat.

2) Tidak melibatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang berlebihan.

📌 Sepertimana Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya daripada menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

3) Penjagaan aurat juga harus dititikberatkan, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan atau berunsurkan lucah sehingga boleh mendatangkan fitnah.

Walaupun telah banyak teguran yang dibuat samada daripada para mufti, alim ulama serta sesiapa sahaja yang prihatin akan unsur berkaitan dengan program realiti hiburan tanah air kita, jika diri sendiri tidak meletakkan usaha untuk mengubahnya, tidak akan memberi apa-apa kesan. Pokok pangkalnya kembali kepada kesedaran individu itu sendiri untuk mengubahnya.

Oleh itu, sebagai umat akhir zaman yang hidup di dunia yang kian tenat ini, perlulah kita sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam supaya tidak tergelincir dari landasan Islam yang sebenar.

📌 Surah Ali Imran ayat 101

وَمَن يَعْتَصِم بِٱللَّهِ فَقَدْ هُدِىَ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

“Barangsiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.”

Wallahualam, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Nur Syahirah Kamarudin
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya
Duta Neo-Siswa UM

” Memang benar fitrah manusia memerlukan kepada hiburan, tetapi bukan hiburan yang mencari keseronokan dengan cara amat bebas sehingga tidak terkawal dengan nilai keagamaan”

DUTA SYAHIRAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s