Intelek

[[ MEMBINA KETAMADUNAN DI ATAS RUNTUHAN TAMADUN ]]

Falsafah Yunani turut mengakui adanya zat pencipta. Namun kepercayaan itu tidaklah mempercayai kekuasaan Allah yang mempunyai sifat kasih, memberi dan melarang. Banyak sifat yang dimiliki oleh tuhan tidak diberi perhatian. Agama dalam kalangan mereka tidak lebih hanyalah suatu ritual yang tidak mempunyai elemen khusyuk dan keimanan yang murni.

Perkara sebaliknya pula yang berlaku ke atas bangsa Arab apabila menerima Islam. Mereka berubah daripada agama yang kabur menjadi penganut dengan kefahaman yang jelas sehingga akhirnya mampu memberi pengaruh terhadap jiwa, raga, hati dan anggota tubuh seseorang. Pengaruhnya pula bukan hanya terbatas pada pembinaan mental dan karakter masyarakat sahaja, malah meliputi juga persoalan kehidupan sosial. Pada diri seseorang yang memiliki keutuhan iman dan turut meyakini kekuasaan tuhan, akan terlihat pelbagai macam sifat mulia yang mencerminkan keagungan iman itu sendiri.

Munculnya peradaban yang berdiri di atas pemerintahan Islam dengan susunannya yang tersendiri sejak abad pertama Hijrah telah membuka lembaran baru dalam sejarah agama dan ketamadunan.

Dakwah Islam telah dirintis oleh para Nabi dan Rasul sebelumnya hingga seterusnya disambung oleh para pejuang yang ikhlas di atas jalan ini. Era kebangkitan Islam ialah ujian baru yang belum pernah terjadi sebelumnya. Begitulah dahsyatnya kebobrokan di zaman jahiliyah, sehinggakan tiada seorang pun yang mampu mengatasinya sampai hadir Islam memimpin dan menemukan jalan keluar terhadap permasalahan yang berlaku. Firman Allah SWT:

أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).[Surah al-An’am:122]

Islam ialah agama dengan peradaban yang agung baik tiang mahupun dasarnya. Tamadun Islam dibangunkan dalam tempoh yang singkat. Tamadun acuan Rasulullah yang dahulunya dianggap remeh kini diakui sebagai umat berkualiti yang belum pernah wujud dalam mana-mana sejarah ketamadunan. Kelompok umat Islam yang pernah melalui pentarbiahan ‘Akademi Muhammad’ inilah yang mampu mengendalikan daerah seluas dua benua dengan segala keadilan dan kejujurannya. Di sana terdapat penguasa yang amanah, bendaharawan yang jujur, hakim yang adil, pemimpin yang ‘abid dan tentera yang bertakwa. Sehingga pada zaman kejayaannya, pemerintahan Islam tidak pernah kekurangan tenaga-tenaga yang berkualiti dengan segala kebijaksanaan.

Demikianlah hasil kejayaan Rasulullah dalam mengembalikan umat manusia kepada fitrah dengan ajaran kenabian, sehingga membuka ikatan belenggu jahiliyah menuju kebebasan yang penuh kemesraan. Itulah era yang tidak harus dibanggakan atas nama sejarah semata-mata malah harus diulangi dan dikembalikan semula.

Abdullah ‘Asim Bin Che Ab Rahim
Pelajar Tahun 2
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Duta Neo-Siswa UM

” Seseorang yang memiliki keutuhan iman dan meyakini kekuasaan Tuhan, akan terlihat pelbagai sifat mulia yang mencerminkan keagungan iman itu sendiri”

DUTA ASIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s