Intelek

[[ ILMU DAN KEPENTINGANNYA ]]

Menuntut ilmu merupakan satu tuntutan agama. Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Majah Rasulullah saw bersabda;
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Yang bermaksud ‘menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim’.

Menuntut ilmu merupakan pekerjaan yang sukar kerana kepayahan untuk memelihara keaslian ilmu tersebut. Ilmu itu mudah untuk didapati, tetapi amat sukar untuk kekal dalam diri seseorang individu jika tidak beramal dengannya. Bak kata pepatah Arab, “Ilmu tanpa amal itu ibarat pohon yang tidak berbuah”. Usahanya dalam menuntut ilmu akan menjadi sia-sia.

Ilmu merupakan sesuatu yang penting bagi setiap manusia, kerana ilmu itu diperlukan oleh manusia dalam setiap saat. Mempelajari ilmu akhirat itu ialah Fardhu Ain (wajib bagi semua) seperti ilmu Tauhid, ilmu Feqah, hadis dan sebagainya. Kemudian, mempelajari ilmu dunia itu ialah Fardhu Kifayah (diwajibkan hanya sebahagian sahaja) sebagai contoh ilmu sains, perubatan, fizik, kimia dan sebagainya. Ilmu akhirat itu boleh diperolehi daripada majlis-majlis ilmu di surau, masjid dan sebagainya. Rasulullah saw bersabda dalam hadis riwayat Tarmizi, “Barang siapa yang keluar menuntut ilmu, maka ia berada di jalan Allah sehingga ia kembali.”

Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Dalam firman Allah dalam surah Al-Mujadilah ayat 11;
يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ
Yang bermaksud; “Allah akan meninggikan orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”

Ilmu dapat memberi manfaat kepada si penuntut ilmu bukan sahaja ketika ia masih hidup malah apabila ia sudah tiada. Dalam hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah saw bersabda, “Jika seseorang meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkata yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.”

Jelaslah disini bahawa ilmu itu sangat penting dan banyak manfaatnya. Betapa mulianya orang yang menuntut ilmu sehinggakan ia mampu membawa si penuntut ilmu ke syurga.

Rasulullah saw bersabda;

“Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan jalannya ke syurga.”
[Hadis Riwayat Imam Tarmizi]

Kesimpulannya, sebagai seorang mahasiswa wajiblah kita menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh walaupun ilmu tersebut bukan ilmu akhirat. Keluarlah untuk menuntut ilmu agama kerana jika Allah menginginkan sesuatu kebaikkan bagi seseorang maka Allah akan memberikan ia kefahaman dalam agama.

Semoga bermanfaat.

Nur Farah Haini bt Zainudin
Duta Neo-siswa Universiti Malaya
Sesi 18/19

 

“Menuntut ilmu merupakan pekerjaan yang mulia tetapi ia juga merupakan pekerjaan yang paling susah kerana kepayahan untuk memelihara kesuciannya”

DUTA FARAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s