Dakwah

[Dakwah: Keras atau Lembut?]

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik……..” [16:125]

Mutakhir ini banyak isu yang timbul dalam masyarakat kita. Daripada isu politik hingga isu sosial. Paling menarik perhatian saya adalah mengenai isu LGBT. Bagaimana nak menangani isu-isu sebegini? Berlaku polemik dalam masyarakat dalam cara untuk berdakwah kepada mereka. Sebahagian daripada masyarakat menyarankan untuk menggunakan pendekatan yang lembut dalam berinteraksi dengan golongan ini dan sebahagian lagi sebaliknya.

Sebenarnya kita perlu melihat kepada kumpulan yang kita ingin dakwahkan. Adapun mereka yang mahu keluar dari kekhilafan mereka kita perlu menggunakan pendekatan yang lembut dan tidak terburu-buru. Seandainya kita menggunakan pendekatan yang keras kemungkinan besar sasaran dakwah kita akan lari dan mungkin mereka akan menjauhi golongan pendakwah. Manakala kalau kumpulan sasaran kita mereka yang sering mempromosikan budaya LGBT dan sebagainya, boleh untuk kita menggunakan pendekatan yang lembut dan keras. Kita boleh buat sesi dialog dan sebagainya tetapi kita mestilah mempunyai prinsip dan bukan kita yang tewas dengan mereka. Pendekatan yang keras boleh untuk kita laksanakan sekiranya mereka bertindak melampaui batas. Sebagai contoh kita memboikot produk yang mereka keluarkan sekiranya mereka ahli perniagaan.

Pengakhirannya orang yang didakwah akan melihat adab seorang pendakwah. Dalam Islam kita dituntut untuk beradab ketika menegur dan bergantung kepada siapa yang kita ingin berdakwah seperti pemimpin, orang yang lebih tua dan sebagainya. Islam sendiri telah menyediakan solusinya. Saya masih teringat akan kata-kata seorang guru saya: “Kejayaan usaha dakwah bergantung sejauh mana kita menjaga adab”.

Akhir kalam, usaha dakwah merupakan tanggungjawab kita sebagai muslim bersama. Bukan hanya tanggungjawab golongan agamawan. Ummah ini adalah tanggungjawab kita bersama. Gunakanlah pendekatan yang sesuai dengan kumpulan sasaran dan jagalah adab dalam berdakwah. Usah risau sekiranya usaha kita tidak diterima orang kerana usaha dakwah atau amar makruf nahi mungkar ini ibarat membasuh pakaian dengan sabun. Walaupun kotoran tidak hilang pada baju tetapi tangan kita tetap akan bersih kesan dari kita membasuh pakaian. Tujuan utama dakwah bukan hendak tunjuk siapa yang benar tetapi sebagai peringatan untuk diri kita sendiri.

“Amar Makruf Nahi Mungkar ibarat kita sedang membasuh pakaian. Walapun kotoran tidak tanggal dari pakaian tetapi tangan kita bersih kesan daripada membasuh pakaian.”

MUHD IKRAM 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s