Dakwah, Tarbiyah

CATATAN AWAL BUAT DIRIMU, PARA MAHASISWA

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kita telah pun memasuki sesi pembelajaran semester 2 sesi 1819.

Di sini, suka saya untuk berkongsi beberapa tips yang boleh kita praktikkan bersama sebagai persediaan menghadapi sem baru,

1. Tajdid (perbaharui) niat menuntut ilmu

Niat menjadi percaturan awal kepada setiap langkah dan gerak geri kita. Malahan niat juga membentuk matlamat kita dalam menuntut ilmu. Contohnya kita berniat, dengan ilmu tersebut dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta, membuang kejahilan daripada diri, menampakkan aib diri kita berbanding melihat aib orang dan ilmu tersebut dapat memberi manfaat kepada orang lain. Tidak salah kalau kita belajar dengan niat memudahkan kita untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi mestilah tidak melangkaui niat-niat yang telah disebutkan di atas. Satu doa yang boleh kita amalkan iaitu, niat menuntut ilmu Al-Imam Al Habib Abdullah Alawi Al-Haddad :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
نَوَيْتُ التَّعَلُّمَ وَالتَّعْلِيْمَ، وَالتَّذَكُّرَ وَالتَّذْكِيْرَ، وَالنَّفْعَ وَاْلإِنْتِفَاعَ، وَاْلإِفَادَةَ وَاْلإِسْتِفَادَةَ، وَالْحَثَّ عَلَى التَّمَسُّكِ بِكِتَابِ اللهِ وَسُنَّةِ رَسُوْلِهِ، وَالدُّعَاءَ إِلَى الْهُدَى، وَالدَّلاَلَةَ عَلَى الْخَيْرِ، اِبْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ وَمَرْضَاتِهِ وَقُرْبِهِ وَثَوَابِهِ.

Aku niat belajar dan mengajar, mengingat dan memperingatkan, memberi manfaat dan mencari manfaat, memberi keutamaan dan mencari keutamaan, menganjurkan untuk berpegang teguh dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, mengajak kepada Hidayah, menunjukkan kepada kebaikan, dengan ikhlas dan mengharap Redha Allah, kedekatanNya serta pahala dariNya.

2. Dapatkan gambaran secara umum tentang subjek.

Objektifnya adalah supaya kita mempunyai gambaran umum apakah ilmu yang kita pelajari itu, kelebihannya dan kepentingannya dalam kehidupan kita seharian. Melalui proforma yang telah disediakan, bertanya kepada senior-senior dan diri sendiri yang mencari maklumat tersebut sedikit sebanyak membantu kita memahami secara asas perbahasan ilmu tersebut sebelum kita mendalaminya.

3. “Bersuhbah” dengan Guru/Pensyarah

Guru merupakan rukun yang penting bagi memperoleh ilmu. Hubungan yang baik antara guru dan murid membolehkan mengalirnya berkat dan diberi kemudahan dalam memahami ilmu. Adab-adab perlu dijaga, tutup aib mereka sekiranya kita mengetahui. Jangan lupa untuk meminta doa daripada guru-guru.

4. Sediakan alat tulis dan buku khas untuk belajar

Ini antara masalah ketara kita. Kadang-kadang bawa, kadang-kadang tidak. Kalau bawa pun pen yang tak berdakwat, buku pula yang dah bercampur aduk dengan catatan projek kolej, hutang dan sebagainya. Perlu diambil perhatian perkara ini kerana catatan akan memperkukuh ingatan. Kata Imam As-Syafie,

قيد صيودك بالحبال الواثقة
فمن الحماقة أن تصيد غزالة
وتتركها بين الخلائق طالقة

“Ilmu itu bagaikan binatang liar, Sedangkan mencatat adalah pengikatnya
Ikatlah haiwan buruanmu dengan tali yang kuat,
adalah bodoh sekali jika anda memburu seekor kijang,
Kemudian anda melepaskan begitu saja tanpa tali pengikat.

5. Buat sedikit “review” sebelum dan selepas kuliah

6. Dalam keadaan berwudhu, bersih, wangi-wangian dan segar.

7. Target kawan-kawan “assignment” yang boleh menyumbang bukan sembang.

Semoga tips yang disampaikan dapat menyuntik semangat yang baru kepada semua mahasiswa/i dalam menempuh hari yang mendatang.

Saya juga mewakili Neo Siswa UM mengucapkan selamat maju Jaya dalam meneruskan perjuangan anda di sini.

Sekian,

“MAHASISWA HIBRID”

AHMAD AZIZI BIN AZIZ,
KETUA KLUSTER PEMBANGUNAN INSAN,
NEO-SISWA UNIVERSITI MALAYA.

#Intelek
#Dakwah
#Islamsebagaisolusi
#KitaNeoSiswa
#MasihNeoSiswa

kewajiban-menuntut-ilmu-agama.jpg

4 thoughts on “CATATAN AWAL BUAT DIRIMU, PARA MAHASISWA”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s