Dakwah, Intelek, Kalam Duta Neo Siswa

Menyingkap Hikmah Agung Israk dan Mikraj

Pandangan : Wan Muhammad Arif

Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 1 :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Surah al-Isra’ : 1


“ Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku dalam bulan Rejab dan ia merupakan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa seterusnya diangkat pula ke Sidratul Muntaha. Peristiwa ini juga merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW dan bukti kesetiaan para sahabat yang mampu berdiri teguh dibelakang nabi dan menguatkan keimanan dalam diri mereka. Apabila peristiwa perjalanan Israk dan Mikraj tersebut disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW kepada penduduk Kota Mekah, ramai yang menolaknya. Namun Saidina Abu Bakar RA menerima peristiwa tersebut dan dengan yakin dan tegas menyatakan : “Aku percaya bahawa apa yang Muhammad ceritakan itu adalah benar”.

Menyingkap Hikmah Agung

Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam kerana menjadi destinasi yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Sudahlah peristiwa itu mencabar minda manusia termasuk kaum Muslimin di Makkah yang turut tertanya-tanya mengenai apa berlaku kepada Baginda.

Keberkatan itu diperjelaskan dalam ayat pertama surah al-Isra’, yang juga dapat difahami barakahnya Masjidil Aqsa bukan semata-mata untuk masjid terbabit sahaja, sebaliknya melebar ke sekelilingnya dengan perkataan ‘hawlahu’.

Wan Muhammad Arif

Mufassirin atau ulama tafsir ketika menjelaskan keberkatan itu menyatakan ia boleh dilihat daripada perspektif fizikal dan spiritual.

Secara fizikal, ia boleh dilihat kesuburan tanahnya hingga menjadi tempat pohon yang disebut dalam Al-Quran seperti pokok tin dan zaitun yang subur suatu ketika dulu sebelum wilayah tersebut dirampas oleh zionis Israel. Dari segi spiritual pula, kita mengetahui bahawa Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa merupakan tempat perjalanan Rasulullah menuju Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT bermula, dan tempat persinggahan setelah pertemuan berkenaan selesai sebelum Rasulullah SAW meneruskan perjalanan pulang ke Makkah.

Di samping itu juga, menurut Sheikh Raed (pemimpin cawangan Utara gerakan Islam di Israel ) , Masjdil Aqsa begitu penting kepada seluruh umat Islam berdasarkan enam fakta yang utama:

  1. Masjid Al-Aqsa ialah kiblat pertama umat Islam selama 17 bulan sebelum bertukar ke Masjdil Haram sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al-Quran di awal juzuk 2.
  2. Ia adalah masjid kedua yang dibina di atas muka bumi ini 40 tahun selepas pembinaan Masjidil Haram.
  3. Masjid Al-Aqsa adalah masjid suci yang ketiga di sisi Allah SWT selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
  4. Di Masjid inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj di mana Masjidil Aqsa adalah tempat persinggahan terakhir Baginda Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda diangkat ke langit.
  5. Masjidil Aqsa ini dikelilingi oleh bumi para nabi (Bumi Anbia’) menjadikan Baitulmaqdis sebagai bumi yang istimewa di sudut akidah umat Islam.
  6. Bumi Palestin ini dikenali dengan panggilan “Bumi Perjuangan”.

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada semua untuk memahami peristiwa Israk Mikraj sebaiknya. Ia bukan semata-mata mengambil pengajaran daripada peristiwa dilalui Rasulullah SAW, sebaliknya turut memahami Baitulmaqdis mendapat kedudukan istimewa berasaskan persinggahan baginda itu. Jelas Israk Mikraj menjadi hujah penting terhadap kedudukan Baitulmaqdis yang perlu dipertahankan kesucian tanpa dibiarkan dinodai kuasa asing yang ingin mengawal kota itu untuk dijadikan ibu negara Israel. Tidak cukup dengan tanah Palestin dirampas, mereka cuba melakukan kezaliman seterusnya yang bakal mengundang kerosakan besar kepada diri mereka sendiri.

Apa yang dapat kita lihat juga ialah apabila Islam itu hilang khalifah dan pemerintahan Islam, segala usaha Israel dan Zionis untuk menguasai seluruh wilayah BaitulMaqdis dan Masjidil Aqsa semakin giat dijalankan.

Wan Muhammad Arif

Maka disini wajib kepada kita seluruh umat islam tanpa mengira perbezaan mazhab dan juga pandangan untuk sama-sama kita bersatu hati mengukuhkan perpaduan antara umat Islam supaya kita dapat mempertahankan Baitulmaqdis secara khususnya dan juga menjaga syiar Islam di sekalian alam ini secara umumnya.

Anak-anak muda perlulah membuka mata dan minda untuk mengetahui segala ilmu khususnya berkaitan dengan politik Islam dan gerakan Islam kerana ianya penting untuk menjaga kemaslahatan umat Islam dari segala aspek.

Wan Muhammad Arif

Janganlah kita anak-anak muda terperangkap dengan segala agenda-agenda yahudi yang ingin melihat umat-umat Islam itu lalai dan leka dengan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.

Akhir kata, kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berdoa dan berusaha sedaya upaya bagi mempertahankan Baitulmaqdis dan kesucian agama Islam di mana sahaja kita berada, mudah-mudahan Allah SWT merahmati dan memberkati segala jasa dan pengorbanan kita untuk menegakkan agama Allah SWT di atas muka bumi ini.

Wallahualam.


Wan Muhammad Arif

Mahasiswa Universiti Malaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s