TENTANG KAMI

[NEO-SISWA UNIVERSITI MALAYA]


A – PENGENALAN NEO-SISWA UNIVERSITI MALAYA

 

‘Neo’ merupakan kata pinjaman latin yang membawa maksud ‘baharu’ atau ‘kini’.

Neo-Siswa Universiti Malaya (UM) merupakan suatu gagasan pembaharuan dan pemurnian imej mahasiswa yang kembali kepada identiti mahasiswa Islam yang sebenar. Gagasan pembaharuan ini juga menitikberatkan tugas khas mahasiswa di kampus atau universiti sebagai seorang penuntut ilmu mengikut disiplinnya.

Neo-Siswa UM berperanan memahasiswakan mahasiswa mengikut acuan tradisi ilmu Islam dan membentuk pola pemikir Islam, seterusnya menghasilkan produk #MahasiswaHibrid.

 

B – IDENTITI #MAHASISWAHIBRID SEBAGAI PRODUK NEO-SISWA UM

 

Merupakan integrasi antara dua elemen:-

1) Mahasiswa yang menguasai pelbagai bidang ilmu, cemerlang prestasi akademik, dan memiliki sahsiah yang terpuji.

2) Pemimpin mahasiswa idealis yang memimpin dan membudayakan masyarakat kampus dengan ilmu.

C – TIGA (3) ELEMEN PEMBAWAAN NEO-SISWA UM

1) INTELEK

– Pemerkasaan minda intelek mahasiswa.

a) Pembudayaan dan penganjuran program ilmu mengikut disiplin ilmu.
b) Penguasaan pelbagai bidang ilmu.
c) Pembudayaan membaca.
d) Penjulangan tradisi ilmu Islam dan kontemporari.
e) Pembentukan pola pemikiran seorang ‘Mufakkir Islamiy’.
f) Penekanan prestasi cemerlang dalam dunia akademik.
g) Pembentukan sahsiah yang terpuji.

2) DAKWAH

– Akademi Pengajian Islam (API) sebagai nadi dakwah di UM.

a) Ejen menyeru, menyampaikan, dan menerangkan idea dan agenda besar kepada masyarakat kampus.
b) Membangunkan peribadi unggul sebagai cerminan agama Islam.
c) Duta Islam yang berupaya menterjemah dan mengurus idea dalam bentuk gerak kerja yang profesional dan efisien.

3) ISLAM SEBAGAI SOLUSI

– Penyelesaian isu kenegaraan dengan pendekatan:-

a) Hujah yang berfakta bukan persepsi.
b) Penyelesaian yang rasional bukan emosi.
c) Cara kerja dan penyampaian yang profesional.

INTELEK | DAKWAH | ISLAM SEBAGAI SOLUSI